Methylhexaneamine undang serangan jantung

Oleh Penulis Jemputan 20 Oktober 2018 118
Methylhexaneamine undang serangan jantung
"Methylhexaneamine boleh menyebabkan serangan jantung," kata Pengerusi Jawatankuasa Anti- Doping Persekutuan Sukan Asia (OCA), Tan Sri Dr M. Jegathesan, terhadap kesan bahan terlarang itu yang didapati dalam sampel air kencing atlet angkat berat Terengganu.

Beberapa negara, termasuk Malaysia, mengharamkan penggunaan methylhexaneamine kerana memberi kesan buruk terhadap badan.

Antaranya ia boleh menyebabkan serangan jantung selain merosakkan buah pinggang.

Bagaimanapun, bahan ini masih digunakan secara haram, sekali gus disenaraihitam oleh Agensi Anti- Doping Dunia (WADA) sejak 2010.

"Methylhexaneamine sebelum ini digunakan dalam bidang perubatan tetapi ia telah dihentikan. Sejak kebelakangan ini, ramai atlet yang diuji positif bahan terlarang ini," kata Jegathesan.

Setakat ini, dua atlet angkat berat Terengganu dikesan positif sampel A selepas meraih pingat Sukan Malaysia (Sukma) Perak.

Apa yang lebih membimbangkan, beberapa lagi atlet, termasuk daripada sukan judo, dijangka turut positif selepas semua 17 sampel selesai diuji semula.

Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) akan mengadakan sidang media khas, Selasa ini.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen