MBI naib juara futsal MBPP

Oleh Staff Writer 21 November 2016 31
MBI naib juara futsal MBPP

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) muncul naib juara Kejohanan Futsal Piala Datuk Bandar (MBPP) 2016 setelah dikecewakan pasukan pilihan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 3-1 di Kompleks Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang semalam.

Walaubagaimanapun, pengurusan skuad futsal MBI tetap gembira dan berpuashati dengan prestasi yang telah ditunjukkan sepanjang tiga hari kejohanan ini berlangsung.

Menurut jurulatih MBI Zainal Zolkefri, "pasukannya mempunyai masa yang singkat untuk membuat persiapan tetapi keluar sebagai juara di peringkat kumpulan apabila 
menang semua perlawanan.

Malah diperingkat suku akhir dan separuh akhir berjaya pula menewaskan tuanrumah Majlis Bandaraya Pulau Pinang 5-3 melalui penentuan sepakan penalti dan separuh
akhir membenam Majlis Perbandaran Manjung 7-1.  Ini satu kejutan," tambahnya lagi.

Kejohanan kali ke-3 ini disertai 19 pasukan terdiri daripada agensi kerajaan dan badan berkanun dari seluruh negara.

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen