Penembak negara, Mohd Lutfi Othman, belum berputus asa untuk kembali merebut tempat selepas turun pangkat sebagai atlet separuh masa skuad negara.

Dia sanggup mencipta senjata replika berasaskan kayu untuk berlatih di rumah menjelang kejohanan pertama musim 2020 September depan.

Lutfi antara tiga penembak negara berstatus separuh masa selepas gagal mencapai indeks petunjuk prestasi (KPI), tahun lalu.

Dua lagi rakan sepasukan turun pangkat ialah Jonathan Wong dan Bibiana Ng.

Namun, dia bersikap positif dengan meneruskan latihan di rumah menggunakan imiginasi, ini kerana senjata replika kayu yang dihasilkan tidak mempunyai picu.

"Senjata yang telah saya hasilkan ini hanya tidak memiliki picu namun ia boleh digunakan sebagai latihan bagi meningkatkan ketahanan ketika beraksi nanti," kata Lutfi.