Bintang Amerika Syarikat, Cristie Kerr, mempamerkan aksi cemerlang pada hari terakhir untuk mengungguli Kejohanan Golf LPGA Sime Darby Terbuka Malaysia dengan perbezaan satu pukulan.

Kerr mencatatkan par 71 pukulan pada hari terakhir di lapangan Tournament Players Club (TPC), Kuala Lumpur untuk dinobatkan sebagai juara.

Jika dia melebihi satu pukulan, maka playoff antara tiga lagi pemain, termasuk juara bertahan, Shanshan Feng diperlukan.

Ini termasuk satu catatan birdie bertuah pada lubang terakhir untuk menyaksikan dia tidak melebihi par.

Atas dasar itu, Kerr unggul bukan kerana prestasi terakhir tetapi menerusi aksi konsisten pada pusingan kedua dan ketiga.

Lapan dan enam bawah par pada dua pusingan itu membantu Kerr untuk muncul juara dengan 15 bawah par 269 secara keseluruhan.

Danielle Kang dan Jaquiline Concolino memastikan tiga tempat teratas milik skuad Amerika Syarikat.

Pedih sudah pasti buat Feng yang hilang kejuaraan susulan terikat dengan catatan sama seperti Kang dan Concolino, dengan 14 bawah par 270.