KRM kembali 'bernafas' 2021

Oleh Shaiful Shamsudin 3 Januari 2021 68
 KRM kembali 'bernafas' 2021
Kesatuan Ragbi Malaysia  (KRM) mengharapkan sinar di hujung terowong pada tahun ini.

Aktiviti sukan ragbi tempatan dan antarabangsa terjejas terus akibat COVID-19.

Oleh itu, takwim 2021 badan peneraju tempatan sukan itu diharap dapat memberi peminat tanah air sedikit harapan berikutan mereka bakal kembali mewarnai kancah sukan Malaysia seawal bulan depan.

"Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) melalui gelembung sukan yang ditetapkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), KRM akan mengambil satu langkah untuk menyahut seruan itu.

"Kami akan mengadakan persiapan berbentuk gelembung sukan sempena skuad 15s kebangsaan yang dijangka bermula Februari hingga April bagi menghadapi Kejohanan Ragbi Asia (ARC) pada Mei depan.

"Kejohanan tempatan pula akan bermula Julai depan menerusi pasukan 7s, seterusnya Piala Agong dari Ogos hingga hujung tahun," kata Naib Presiden KRM, Mohammad Fahmy Abd Jalil.

 

Last week, Malaysia Rugby Union President Datuk Shahrul Zaman Yahya had an amazing opportunity to train and play...

Posted by Malaysia Rugby Union on Wednesday, December 30, 2020

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen