Zon Kiulu muncul juara kejohanan bola jaring Piala Pegawai Pendidikan Tuaran di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Nangka, Tuaran, Sabah, baru-baru ini.

Pasukan itu dinobatkan sebagai juara selepas menang tipis 4-3 ke atas Zon Sulaman dalam satu aksi final yang sengit.

Kejohanan itu juga menyaksikan pasukan yang berbekalkan sorakan semangat 'Sunduan Kiulu' itu sukar digugat oleh mana-mana pasukan lain apabila memenangi kesemua perlawanan yang diharungi termasuk mengungguli peringkat kumpulan.

Zon Kiulu mengakhiri peringkat kumpulan di tangga teratas selepas menewaskan pasukan Tenghilan 8-6, Mengkabong (5-4), SMK Badin (5-3) dan KEMAS (11-2).

Peringkat separuh akhir juga menyaksikan Zon Kiulu tidak menghadapi masalah apabila menang besar 11-2 terhadap Zon Nabalu.

Barisan pemain Zon Kiulu terdiri daripada Priscella Aletha Koek selaku kapten, Siti Bothly Mohd Yusof, Amelda Sudi, Rosmariah Sumarie, Haleysia Kibik, Nor Asmah Mohd Salleh, Patsy Alison, Debbie Janes Lim, Sylvia Sindih dan Sheily Sungkim manakala Harley Bingkulud bertindak sebagai pengurus pasukan