Jurulatih silat kebangsaan, Nasri Nasir, menganggap sasaran lima pingat emas bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi tidak mustahil untuk dicapai anak buahnya dalam Kejohanan Silat Dunia di Bali, , Disember depan.

Sasaran yang diletakkan oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) terhadap barisan pesilat negara tidak dilihat satu tekanan oleh jurulatih tersebut.

Berdasarkan prestasi semasa, termasuk aksi memberangsangkan pesilat negara yang membawa pulang tiga emas di temasya Sukan Pantasi Asia di Danang, Vietnam, bulan lalu, Malaysia berpeluang cerah untuk meraih lima pingat emas dalam Kejohanan Dunia nanti.

"Kami ada mengharungi satu lagi pendedahan di mana sebuah pasukan akan ke Laos dari 1 hingga 11 November ini untuk menjalani latihan bersama pasukan Laos bagi menghadapi Kejohanan Dunia," kata Nasri.

Bagi pemenang pingat emas Kejohanan Dunia dua kali berturut-turut, Mohd Al-Jufferi Jamari, keterujaan untuk beraksi begitu tinggi dalam pemburuan kejuaraan hatrik meskipun sedar persaingan tahun ini pasti lebih sengit.

"Saya menganggap ini sebagai satu tanggungjawab, jadi saya perlu laksanakan.

"MSN (Majlis Sukan Negara), PESAKA dah bagi apa yang saya mahukan. Saya perlu buktikan dengan mendapatkan pingat emas untuk negara," laung Al-Jufferi.