Jaguh pecut kebangsaan, Jonathan Nyepa dan Zaidatul Husniah Zulkifli, dijangka mendominasi acara reben biru Kejohanan Olahraga Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MKSAK) di Trek Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil bermula esok.

Jonathan dijangka mencuri tumpuan dalam hari pertama saingan bagi acara 100 meter selepas gagal meraih pingat dalam Sukan SEA Filipina, minggu lalu.

Dia yang merupakan pelari kedua terbaik negara dijangka akan menerima tentangan beberapa atlet muda walaupun pemenang Sukan SEA, Haiqal Hanafi, tidak beraksi kerana bukan kakitangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Saingan 100m wanita juga dijangka hebat dengan kehadiran Zaidatul Husniah yang bakal dicabar Siti Fatimah Mohamad dan S. Komalam Shally sambil kebangkitan jaguh baling tukul besi, Jackie Wong, mungkin dinantikan selepas sekadar meraih perak di Filipina.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.00 dan 11.00 malam ini.