Kecederaan bahu jejas persiapan Yhing Huey ke Sukan Asia

Oleh Penulis Jemputan 3 Disember 2017 39
Kecederaan bahu jejas persiapan Yhing Huey ke Sukan Asia
Atlet renang serirama negara, Zylane Lee Yhing Huey khuatir kecederaan bahu yang dialaminya kian serius hingga boleh menjejaskan persiapannya menjelang Sukan Asia 2018, Ogos tahun depan.

Selepas berakhir temasya Sukan SEA, Ogos lalu, kecederaan lama di bahagian bahu kanan Yhing Huey kembali menghantui dirinya dan kini hanya kerap menjalani pemeriksaan di Institut Sukan Negara (ISN).

Dia terpaksa berhenti melakukan sebarang latihan kerana kesakitan di bahu semakin terasa dan sukar untuk bergerak.

Pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 ini hanya mengharapkan tiada sebarang pembedahan dilakukan kerana itu sudah pasti akan mengambil masa yang lama untuk pulih, sekali gus menjejaskan peluangnya ke Sukan Asia.

“Keadaan saya semakin teruk dan saya telah berjumpa dengan doktor untuk mengenal pasti lebih lanjut terhadap kecederaan ini,” katanya.

Bagaimanapun, Yhing Huey enggan terlepas kejohanan pertama skuad renang serirama, iaitu Terbuka China pada Mac depan dan untuk itu, latihan harus dilakukan dengan segera selepas diberi pelepasan oleh doktor.

“Jika kejohanan akan berlangsung pada Mac, kami memerlukan empat bulan untuk membuat persiapan dan proses pemulihan akan mengambil masa yang panjang,” katanya lagi.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen