Jun Hoong penerima tertinggi skim insentif Perak

Oleh Hairi Yahaya 15 Disember 2017 235
Jun Hoong penerima tertinggi skim insentif Perak
Atlet terjun negara, Cheong Jun Hoong, muncul penerima tertinggi dalam Majlis Penyampaian Skim Insentif Kemenangan Atlet Perak, Satu Pokok Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 di Bulatan Amanjaya, Meru, sebentar tadi.

Jun Hoong menerima hadiah wang berjumlah RM25,000 berikutan kejayaannya muncul juara acara 10 meter platform individu dalam Kejohanan Terjun Dunia FINA 2017 di Budapest, Hungary, Julai lalu, dalam majlis penyampaian yang disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Turut hadir ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd  Kadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk V Saravanan, dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, serta Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Turut tersenarai, 57 atlet dari Perak yang mewakili negara dalam Sukan SEA yang berjaya menyumbang sejumlah 21 pingat emas, sembilan perak dan sembilan gangsa.
   
Sementara itu 23 atlet Sukan Para ASEAN pula menyumbang 11 emas, tujuh perak dan sembilan gangsa.

Tentang Penulis

Hairi Yahaya

Komen