Seiring dengan gelaran pelari pecut negara, atlet kelahiran Sarawak, Jonathan Nyepa mengidamkan emas pertama Sukan SEA bagi acara individu menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Jonathan mengakui kegagalan dalam aksi kali pertama di Sukan SEA 2015 di Singapura perlu dipulihkan dengan pencapaian yang lebih membanggakan kali ini.

Justeru keutamaan Jonathan terarah kepada aksi individu dengan emas pertama perlu dipastikan menerusi acara pecut 100 meter ataupun 200 meter.

“Berdasarkan catatan masa di Sukan SEA Singapura, saya mahu cuba untuk melayakkan diri untuk ke final dalam acara individu,” kata Johnathan.

Mengakui namanya bukan pilihan untuk dinobat selaku raja pecut negara namun persaingan daripada Badrul Hisham Manap dan Khairul Hafiz Jantan menyemarakkan lagi semangat Jonathan.

“Saya melihat positif saingan daripada Badrul dah Khairul Hafiz, kerana kami memiliki kuartet yang mantap bagi menghadapi acara 4x100m.”

Catatan terbaik Jonathan bagi acara 100m ialah 10.53 saat yang dilakukan dalam Terbuka Malaysia di Universiti Malaya (UM) Oktober lalu.