ISN jalankan ujian calitan Selasa ini

Oleh Ammar Hakim 9 Januari 2021 17
ISN jalankan ujian calitan Selasa ini
Institut Sukan Negara (ISN) akan menjalankan ujian calitan ke atas lebih 300 kakitangan mereka bermula Selasa ini.

Tindakan tersebut diambil selepas lima kakitangan Majlis Sukan Negara (MSN) disahkan positif Covid-19.

Ia juga sebagai persediaan awal jika program latihan berpusat terpaksa diperketatkan, bergantung kepada pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isnin ini.

"Saya yakin, ini merupakan antara amalan yang kami usahakan bagi mengurangkan penularan jangkitan. Kami akan menjalankan ujian calitan ke atas 300 pegawai bertugas bagi memastikan tugasan dapat dilakukan dengan tenang dan bebas daripada sebarang kebimbangan," kata Ketua pegawai eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md Ramli.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen