"Ini tidak adil."

Demikian amarah yang diluahkan atlet angkat berat negara, Mohammad Azrul Azrie Mohdad, yang terkilan dengan tindakan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) menjatuhkan hukuman maksimum tanpa belas kasihan biarpun itu merupakan kesalahan pertamanya.


Fazrul didapati bersalah oleh Panel Jawatankuasa Disiplin PABM kerana menggunakan bahan terlarang stanozolol.

Fazrul sebelum itu beraksi dalam Sukan Komanwel Gold Coast, April lalu dan berjaya meraih pingat gangsa bagi acara 85 kilogram.

Ekoran kes itu, dia terpaksa memulangkan pingat berkenaan dan digantung daripada terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan sukan itu selama empat tahun.

Fazrul, bagaimanapun, masih belum berputus asa dan cuba berbincang dengan peguamnya untuk menghantar rayuan kepada PABM agar tempoh penggantungannya dikurangkan.

"Bagi saya, ia keputusan yang tidak adil memandangkan saya didapati positif doping di luar kejohanan, bukan ketika dalam kejohanan seperti yang didakwa.

"Saya akan mengadakan perbincangan bagi mengurangkan tempoh penggantungan tersebut," katanya.