Impian Olahragawan Kebangsaan Syarul bagai diragut

Oleh Staff Writer 14 November 2019 524
Impian Olahragawan Kebangsaan Syarul bagai diragut
Syarul Azman Mahen Abdullah bimbang isu doping atlet bina badan negara akan menjejaskan peluangnya bergelar Olahragawan Kebangsaan selepas bergelar Mr. Universe dan Mr. Asia tahun ini.

Kes doping seorang atlet bina badan mencetuskan kebimbangan, seterusnya menjejaskan cerita kejayaan berganda Syarul Azman tahun ini.

Atlet terbabit didapati positif steroid dan sudah dikenakan hukuman penggantungan empat tahun, namun ia mengundang kebimbangan isu itu boleh menjejaskan peluang Syarul merangkul gelaran Olahragawan Kebangsaan.

"Bagi saya, atlet yang ke Mr. Asia di Indonesia dan Kejohanan Dunia semuanya bersih. Kami sudah menjalani ujian dengan Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS). Jadi, buat masa ini, atlet bina badan berada di landasan tepat," katanya.

Dia masih menunggu gelaran pertama Olahragawan Kebangsaan walaupun sudah empat kali meraih Mr. Universe serta lima kali mengungguli Mr. Asia.

Ia berbeza dengan pencapaian bekas jaguh negara, Sazali Samad, yang dinamakan atlet terbaik negara sebanyak empat kali.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen