Skuad wushu negara ibarat tiada hala tuju apabila masih tiada khabar mengenai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) mereka setelah berkemungkinan tidak akan menyertai sebarang kejohanan selama tempoh Covid-19.

Keputusan untuk tidak menyertai sebarang kejohanan ketika tempoh Covid-19 adalah disebabkan tidak mahu mendesak atlet dan menganggu emosi mereka dengan menyertai mana-mana kejohanan di luar negara.

Bagaimanapun, tanpa kejohanan ketua jurulatih wushu negara, Lim Yew Fai, tiada penanda aras untuk menilai kemampuan atlet negara bagi tahun 2020.

"Kami masih tidak menjalani sebarang mesyuarat dengan pihak Majlis Sukan Negara (MSN). Keselamatan dan kesihatan atlet adalah keutamaan," katanya.

Sementara itu, skuad wushu negara hanya mampu menumpukan perhatian latihan asas sepanjang tempoh Covid-19 dengan harapan ia mencukupi untuk mengekalkan prestasi mereka.

"Kami buat masa ini, latihan asas dilakukan atlet kerana bagi memastikan mereka kekal bersedia untuk sebarang situasi."