Hidayat beransur pulih

Oleh Ammar Hakim 21 April 2021 48
Hidayat beransur pulih
Legenda angkat berat negara, Muhammad Hidayat Hamidon, beransur pulih selepas dia menghadapi masalah jantung dan paru-paru.

Mac lalu, pemenang tiga pingat emas Sukan Komanwel 1998 itu terpaksa dikejarkan ke hospital apabila bekas badang negara itu mengadu sesak nafas.

"Keadaan semasa kini semakin baik dan menjalani temujanji dengan doktor setiap dua minggu," katanya.

"Buat masa ini, doktor tidak membenarkan saya menjalani latihan yang intensif kerana keputusan mengenai keadaan jantung saya masih belum dikeluarkan lagi."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen