Hazim tidak gentar format baru pemarkahan

Oleh Staff Writer 26 Februari 2020 50
Hazim tidak gentar format baru pemarkahan
Sistem pemarkahan baru yang bakal diumumkan April depan tidak menjejaskan persiapan pesilat negara, Mohd Hazim Amzad, dalam usaha mempertahankan gelaran juara dunia yang diraih dua tahun lalu.

Hazim muncul juara dunia kelas Putra C dalam temasya dwitahunan itu selepas mengalahkan wakil Thailand di Singapura. 

Aksi konsisten itu diteruskan dengan meraih pingat emas dalam Kejohanan Asia di China, Disember lalu diikuti Terbuka Uzbekistan, sebulan kemudian.

Dalam masa sama, pesilat berusia 21 tahun itu juga tidak mahu terlalu memikirkan sistem pemarkahan baru, malah bertekad mengekalkan gelaran juara dunianya dengan menjadikan faktor tuan rumah sebagai kelebihan. 

"Kami hanya ikut apa yang pengurusan dan jurulatih aturkan. Ia cabaran untuk saya kekalkan kejuaraan. Semestinya saya mahu emas tetapi cabarannya banyak dari negara seperti Thailand dan Indonesia yang mempertaruhkan muka baru," katanya.

Pesilat dari Pahang itu bakal menghadapi kejohanan Terbuka Belgium, April depan selepas Kejohanan Silat Empat Penjuru melibatkan Malaysia, Vietnam, Thailand dan Singapura yang dijadualkan di Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan akibat penularan wabak Coronavirus. 

"Bagi saya, ia kelebihan untuk saya fokus kepada saingan Terbuka Belgium."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen