Harrington jangka pesaing Piala Ryder dalam prestasi terbaik

Oleh Nafis Abdullah 10 April 2020 17
Harrington jangka pesaing Piala Ryder dalam prestasi terbaik
Kapten Eropah, Padraig Harrington, melihat penyusunan semula jadual Terbuka Amerika Syarikat akan memberikan kelebihan buat rakan sepasukannya bagi menghadapi Piala Ryder.

Minggu ini, Jelajah PGA mengesahkan Terbuka Amerika Syarikat akan ditukar kepada September depan berbanding Jun sebelum ini sebagai sebahagian daripada penyusunan semula jadual yang dikeluarkan susulan wabak coronavirus.

Terbuka Amerika Syarikat akan bermula 17 September depan di Winged Foot di New York dan ia dijalankan lima hari sebelum saingan Piala Ryder.

Pertemuan kali ke-43 di antara Eropah dan Amerika Syarikat akan diadakan di Whistling Straits dan Harrington menjangkakan rakan sepasukannya akan menyinar berbanding memikirkan faktor kepenatan yang bakal dihadapi susulan aksi di Wisconsin.

"Ia sesuatu yang bagus berbanding jadual asal," katanya.

"Sentiasa ada peluang dan ia akan menjadi sesuatu yang besar.

"Saya fikir pemain kami akan berada dalam prestasi terbaik untuk saingan itu. Apa sahaja yang mereka mampu lakukan untuk bersedia menghadapi Terbuka Amerika Syarikat, ia akan menjadi peluang terbaik buat pemain.

"Berdasarkan pengalaman saya, pemain kebiasaannya akan mencapai aksi terbaik selepas sesebuah saingan dan ia bukan sesuatu yang buruk.

"Apabila mereka menghadapi saingan Piala Ryder pada Isnin, mereka kembali mendapatkan fokus. Akan ada yang berehat."
 

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen