Sukan renang yang membabitkan penggunaan air dan kolam renang jelas sekali dipinggirkan -- apabila tiada aktiviti boleh dilakukan di lokasi berkenaan, ini menyaksikan status aktiviti dan hala tuju sukan renang akan ditentukan minggu depan.

Sehubungan itu, Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Mae Chen diarah membentangkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam masa terdekat kepada Kementerian Belia dan Sukan.

ASUM mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican, untuk mencari jalan terbaik demi kelangsungan komuniti sukan renang di Malaysia.

Ia bagi memperjuangkan nasib hampir 2,500 tenaga pengajar berlesen mendaftar di bawah ASUM yang hilang sumber pendapatan sejak Mac lalu.

"Kami akan membuat SOP yang bersesuaian bagi memastikan aktiviti sukan renang dalam disambung semula. Kami akan berbincang dengan pihak-pihak akademi renang dalam usaha mencari langkah bagi memastikan sesi latihan dan kelas renang dapat disambung semula," kata Mae Chen.

"Kami melakukan penelitian tambahan secara dan mengkaji SOP yang bersesuaian untuk diketengahkan dalam mesyuarat akan datang," kata Reezal.

Tiada sebarang pengesahan covid-19 boleh berjangkit di dalam air tetapi kebimbangan kerajaan ialah sikap orang awam yang boleh meningkatkan risiko jangkitan.