Fatehah punya kredibiliti sebagai jurulatih -- John Beasley

Oleh Shaiful Shamsudin 18 Julai 2020 108
Fatehah punya kredibiliti sebagai jurulatih -- John Beasley
Ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley, menyifatkan bekas pelumba wanita kebangsaan, Fatehah Mustapa, berpotensi untuk muncul sebagai jurulatih berwibawa.

Namun, Beasley menetapkan syarat yang perlu dipatuhi bekas atlet kelahiran Terengganu itu jika mahu melangkah jauh dalam bidang kejurulatihan ketika berkongsi syarat itu dengan wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi
 
Baginya, elemen yang membezakan seseorang jurulatih itu adalah semangat dan kesungguhan. Kedua-duanya itu sangat terserlah pada diri Fatehah sepanjang pengalaman di bawah berlatih di bawah pemantauannya. .


“Bagi saya, apa yang membezakan di antara seseorang jurulatih itu dengan yang lain adalah semangat dan kesungguhan terhadap sesuatu yang mereka lakukan”.
 
Ujar pengendali daripada Australia itu lagi: “Jika Fatihah mampu, saya percaya dia berkebolehan menjadi seorang jurulatih yang baik”.
 
Memulakan karier pada usia 17 tahun, Beasley berasakan Fatehah telah menimba ilmu secukupnya dan itu selaku seorang pelumba basikal trek yang hebat serta bagus.
 
Keunikan dan kesungguhan yang ada pada Fatehah mampu membentuk kredibiliti seorang jurulatih.


 

Dear John,may you have all the joy your heart can hold,all the smile a day can bring,all the blessings a life can...

Posted by Fatehah Mustapa on Sunday, April 5, 2020


“Saya rasa apa yang dia dipelajari sepanjang kariernya seawal umur 17 tahun telah menjadikan dia seorang pelumba yang hebat dan bagus. Dia juga sangat pintar”.
 
“Tetapi ada juga sedikit sifat malas tapi dia seorang pelumba yang baik. Fatehah punya kesungguhan untuk menjadi jurulatih dan saya percaya kepada semangatnya itu”.
 
 
Ketika ini, skuad berbasikal trek kebangsaan kekurangan pelumba wanita dan jika dia dapat merealisasikan impiannya bergelar jurulatih, pemenang tiga pingat emas dalam Sukan Asia 2011 itu mampu menjadi seorang mentor buat barisan pelumba muda pada masa akan datang.
 
 
“Bukan hanya sebagai jurulatih, Fatehah juga mampu menjadi seorang mentor kepada pelumba muda yang akan datang. Dia seorang pelumba basikal yang sangat hebat serta pakar dalam taktikal.”
 
“Dia tahu apa yang diperlukan untuk menjadi seorang atlet yang bagus. Dia juga mengetahui apa kemahiran yang perlu bagi seseorang pelumba dan semuanya bergantung kepada apa yang hendak lakukan.“
 
Tambahnya lagi, dia mengharapkan Fatehah mampu menghadapi cabaran yang mendatang dan sedia memberikan bantuan jika diperlukan.
 
“Saya cuma berharap yang dia tabah menghadapi segala cabaran yang mendatang dan jika dia memerlukan pertolongan, kami sentiasa ada untuk membantu dalam merealisasikan impiannya menjadi jurulatih terbaik di Malaysia seperti yang dia impikan.”
 
 
 
 
 
 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen