Fasa pertama RTT penentu latihan seterusnya

Oleh Ammar Hakim 29 Mei 2020 15
Fasa pertama RTT penentu latihan seterusnya
Pelaksanaan fasa pertama program kluster Road to Tokyo (RTT) bakal menjadi penentu untuk atlet negara meneruskan persiapan ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2021.

Sebelum ini, kem latihan pusat program RTT di Majlis Sukan Negara (MSN) yang sepatutnya bermula Isnin ini ditunda kepada 8 jun.

Pindaan bagi membolehkan Casa 1 yang akan digunakan sebagai penginapan rasmi menjalani proses nyah kuman setelah ia digunakan sebagai salah satu pusat kuarantin Covid-19 oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kepentingan memastikan fasa pertama ini berjalan dengan sempuran disebabkan kebarangkalian program latihan ini bakal menjadi norma baharu buat atlet negara.

"Ini merupakan langkah terbaik buat atlet-atlet negara kembali berlatih selepas hampir tiga bulan mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," kata Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen