Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sebanyak tiga peringkat -- Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara.

Enam negeri akan menjalani PKP bermula 12.01 pagi Rabu, 13 Januari sehingga 26 Januari 2021.


Dan ini memberi petanda bahawa segala kejohanan yang berlangsung dan bakal berlangsung dalam tempoh tersebut tidak dapat dijalankan atau ditunda seperti Piala Juara-Juara STL dan Liga Hoki Mebangsaan (LHM) terpaksa ditunda.

"Pertama, PKP ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah," kata Muhyidin menerusi Perutusan Khas Perdana Menteri sebentar tadi.

"Kedua, PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

"Ketiga, PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut."