COVID-19: Kebenaran sukan bersentuhan akan dibuka

Oleh Shaiful Shamsudin 10 Julai 2020 628
COVID-19: Kebenaran sukan bersentuhan akan dibuka
Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan berita baik mengenai pembukaan sektor sukan dan rekreasi fasa tiga di Putrajaya, hari ini. 

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri bersetuju membenarkan aktiviti sukan bersentuhan dimainkan bermula 15 Julai 2020, tetapi kejohanan dan pertandingan tempatan (tanpa penonton) hanya boleh bersambung pada 15 Ogos depan.

Sementara itu, sukan berpasukan boleh memulakan sesi latihan seperti biasa bermula 15 Julai 2020, antaranya bola sepak, ragbi, hoki, bola keranjang, sepak takraw dan sukan tempur. 

Ismail Sabri nenambah, "sukan permotoran dan juga sukan individu seperti terjun, tenis dan badminton perseorangan boleh memulakan kejohanan tempatan, juga bermula 15 Julai.

Serentak dengan itu, pengusaha-pengusaha padang komersil, operator futsal dan juga akademi dibenarkan beroperasi semula. 

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen