Covid-19: Jackie semakin pulih

Oleh Muzaffar Musa 1 April 2020 390
Covid-19: Jackie semakin pulih
Jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong, yang dijangkiti Covid-19 dua minggu lalu, kini semakin pulih.

Ia satu perkembangan melegakan selepas 107 atlet lain, yang menjalani ujian saringan di Institut Sukan Negara (ISN), juga disahkan bebas daripada pandemik itu.

Menerusi satu perbualan video dengan wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi, Jackie yang berada di Hospital Sibu berkata: "Saya berada dalam keadaan sihat dan stabil, saya sudah kurang batuk dan boleh dikatakan sudah tiada gejala lagi.

"Dua hari lalu, sampel saya sudah dihantar ke makmal untuk diuji.

"Sebenarnya, ia menujukkan keputusan negatif Covid-19, jadi sampel itu akan diambil sekali lagi untuk ujian kedua.

"Jika sampel kedua itu juga negatif, saya akan dibenarkan untuk keluar hospital," katanya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen