Covid-19: Jackie masih positif, perlu jalani dua ujian 

Oleh Ammar Hakim 3 April 2020 1163
Covid-19: Jackie masih positif, perlu jalani dua ujian 
Jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong, terpaksa menunggu lebih lama untuk keluar hospital apabila ujian kelima menunjukkan dia masih positif Covid-19 sekali gus perlu menjalani dua lagi ujian.

Jackie sudah 19 hari menjalani rawatan di Hospital Sibu, Sarawak, keputusan ujian kelima penting untuk menentukan sama ada dia sudah boleh meninggalkan hospital selepas ujian keempat, negatif.

Namun, pemegang rekod kebangsaan itu akur dan akan fokus terhadap rawatan.

"Keputusan telah keluar hari ini dan ia menunjukkan saya masih lagi positif Covid-19. Saya akan terus menerima rawatan di hospital buat masa ini," kata Jackie.

Setakat ini, hanya Jackie satu-satunya atlet negara yang positif covid-19.

Dia dijadual menjalani ujian keenam, Isnin ini.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen