Seramai 264 atlet negara akan mengambil suntikan vaksin Covid-19 esok.

Ia satu langkah penting terhadap Majlis Olimpik Malaysia dalam usaha memburu tiket kelayakan Sukan Olimpik Tokyo Julai ini selain misi mencatat kebangkitan dalam Sukan SEA Vietnam, November ini.

"Saya berasakan mereka yakind dengan persiapan dan pelaksanaan suntikan vaksin bagi memudahkan mereka untuk menjalani persiapan dan kejohanan di pentas antarabangsa," kata Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib.