Perenang negara, Goh Chia Tong, menegaskan dia tidak berasa janggal menyambung sesi latihan biarpun agak lama meninggalkan kolam renang setelah aktiviti itu dibuka secara berperingkat.

Sewaktu ditemubual wartawan Nadi Arena, Muiz Aziz, dia yang tidak disenaraikan dalam program latihan Road To Tokyo (RTT) mengibaratkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti tiada hala tuju.

Namun, Chia Tong tetap yakin mampu mengembalikan semula sentuhan di kolam renang tatkala sukan itu bakal menyambung aksi 25 Jun ini.

“Saya rasa sangat gembira dan teruja dengan pengumuman daripada pihak kerajaan. Saya sudah menunggu lama. Selepas sekian lama berehat, memang rasa agak janggal kerana kolam renang ibarat rakan karib kami,” katanya.

“Fokus utama saya adalah kekuatan dan stamina. Acara yang saya sertai memerlukan tahap stamina yang tinggi. Mungkin saya akan berlatih di Melaka terlebih dahulu sebelum meneruskan sesi di Bukit Jalil.”