Di lapangan sukan ekstrem, atlet tempuh halangan negara, Saddam Pittli, mengharungi setiap rintangan di depannya demi ke garisan penamat.

Alah bisa tegal biasa, cabaran dan rintangan itulah yang menguatkan dirinya selaku pekerja barisan depan bagi membendung wabak Covid- 19.

Lincah dan pantas di lapangan sukan ekstrem, Saddam atau dikenali sebagai Koperal Saddam, kini sekali lagi menggalas tugas buat negara.

Berbezanya, tugasnya kali ini menerusi badan beruniform yang perlu berjaga selama 24 jam di bahagian kuarantin anggota keselamatan.

"Sekiranya ada anggota yang dikuarantin, selagi itulah saya perlu bertugas di sana.

"Saya akan bergilir-gilir mengikut giliran dengan anggota lain.

"Selagi ada anggota di sana, selagi itulah saya perlu bertugas.

"Saya tetap perlu berlatih dan mengenai tugas pula, sekiranya saya perlu bertugas, saya akan berlatih pada hari beikutnya.

"Sepanjang PKP (perintah kawalan pergerakan) ini, saya tidak boleh berlari di luar, jadi saya hanya berlari di rumah menggunakan treadmill," katanya.