Berbasikal Jelajah Semenanjung: TSG, Sapura terus beri saingan 

Oleh Staff Writer 17 Oktober 2019 58
Berbasikal Jelajah Semenanjung: TSG, Sapura terus beri saingan 
Seperti peringkat sebelum ini, laluan peringkat ketiga Jelajah Semenanjung (ToP) hari ini dari Kuantan hingga Karak, Pahang sejauh 172.7km membabitkan tiga zon pecutan dan satu zon pendakian. 

Hariff Salleh daripada pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) terus memberi cabaran hebat di zon pecut pertama di Gambang. 

Sementara itu, pelumba PGN Road Cycling Team yang memegang jersi merah dalam peringkat pertama, Aiman Cahyadi, menguasai zon pendakian sambil dihambat oleh pemegang jersi merah terkini dari pasukan Sapura, Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff.

Namun, masih tiada kelibat pelumba-pelumba kebangsaan dalam zon-zon tersebut. 

Ikuti perkembangan lanjut dalam laporan Nadi Arena edisi seterusnya


 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen