Azizulhasni cuba teknik berbeza Ahad ini

Oleh Shaiful Shamsudin 25 Februari 2021 3397
Azizulhasni cuba teknik berbeza Ahad ini
Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, akan turun berdepan bekas juara remaja dunia, Conor Rowley, dalam Kejohanan Keirin Victoria, Ahad ini, dengan misi mengekalkan kejayaan 100 peratus musim 2021.

The Pocketrocketman, yang berpangkalan di Australia, memenangi pingat emas acara pecut kejohanan sama minggu lalu selaku cabaran pertama musim ini.

"Conor Rowley antara finalis kejohanan baru-baru ini jadi ia memang bukan sesuatu yang mudah.

"Yang bagusnya saya dalam kondisi yang rendah, sementara mereka sedang di tahap terbaik.

"Jadi ini memberi peluang kepada saya untuk meningkat aspek lain seperti pertukaran gear ketika berlumba," kata pemain di ranking pertama dunia pecut itu ketika ditemu bual maya wartawan Astro Arena, Bazly Azmi.

 

・・・ Put your head down and work hard. Never wait for things to happen for yourself and most importantly never give...

Posted by Azizulhasni Awang on Wednesday, February 24, 2021


Di sebalik jangkaan ramai bahawa pelumba kelahiran Terengganu itu akan meneruskan momentumnya, Azizulhasni menganggap reputasi hanyalah sandaran di atas kertas sahaja.

"Bila berlumba, tidak kira sesiapa pun akan berikan yang terbaik. Bila menang barisan pencabar akan sanjung sebaliknya ketika berlumba, mereka akan berjuang hingga ke garisan penamat."



 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen