Azidi tuntut penutup terbaik buat skuad bowling negara

Oleh Penulis Jemputan 29 November 2017 89
Azidi tuntut penutup terbaik buat skuad bowling negara
Jurulatih bowling remaja, Azidi Ameran mahukan penutup terbaik 2017 dari barisan negara dalam Kejohanan All Stars dan Masters yang akan membuka tirai, Sabtu ini.

Skuad negara dituntut mencipta pencapaian terbaik mereka menjelang aksi terakhir dalam kejohanan tahun ini.

Saingan dalam Kejohanan All Stars dan Masters, bagaimanapun, bukan platform mudah memandangkan ini merupakan kejohanan tumpuan yang akan menampilkan pencabar terbaik di peringkat remaja.

Beberapa nama yang hampir menyamai kredibiliti skuad senior dijangka menyerlah, antaranya Tun Ameerul Luqman Al-Hakim Tun Hasnul yang muncul juara dalam Kejohanan Sekolah-Sekolah Asia, dua minggu lalu.

"Saya mengharapkan mereka akan meneruskan momentum kejayaan sebelum ini dalam Kejohanan All Stars dan Masters," kata Azidi.

Sementara itu, Brandon Ting yang bertindak sebagai kapten pasukan melabelkan skuadnya kali ini lebih bersedia jika dibandingkan dengan penampilan tahun lalu.

"Kami akan memberikan yang terbaik. Rata-rata pemain senior tidak beraksi, kami akan cuba menampilkan persembahan cemerlang," katanya.

Antara negara yang mengambil bahagian ialah Singapura, Australia, Thailand dan Filipina.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen