AUG: Wushu butir dua emas buat negara

Oleh Staff Writer 11 Disember 2018 105
AUG: Wushu butir dua emas buat negara
Khabar gembira diterima dari Nay Pyi Taw, Myanmar, apabila skuad wushu negara terus cemerlang menuai dua pingat emas dalam Sukan Universiti Asean (AUG) 2018, sebentar tadi.

Hari ketiga saingan menyaksikan skuad wushu menghadirkan kilauan dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa.

Pingat emas pertama hadir menerusi Loh Ying Ting dalam acara gunshu selepas memungut mata tertinggi 19.22.

Pingat emas kedua pula diraih Tan Cheong Min dalam acara nandao-nangun.

Cheong Min menewaskan wakil tuan rumah, Aye Thitsar Myint, di tempat kedua manakala atlet dari Thailand, Ganyawee Polsuwan, meraih gangsa.

Bagaimanapun, hasrat Malaysia untuk menambah emas dalam acara taijijian tidak kesampaian selepas Chan Lu Yi sekadar meraih pingat perak dan Sydney Chin Sy Xuan pula meraih gangsa.

Emas menjadi milik atlet Singapura, Vera Tan Yan Ning, yang mencatat 9.59 mata.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen