AUG: Eyin bawa pulang emas terakhir wusyu 

Oleh Penulis Jemputan 12 Disember 2018 64
AUG: Eyin bawa pulang emas terakhir wusyu 
Atlet wusyu negara, Phoon Eyin, akhirnya meraih pingat emas dalam Sukan Universiti Asean (AUG) 2018 setelah mengungguli acara gabungan jiangshu dan qianshu di Nay Pyi Taw, Myanmar, sebentar tadi. 

Wusyu memasuki hari keempat yang juga hari terakhir acara tersebut dan akhirnya, Ee Yin meraih emas terakhir yang ditawarkan dalam sukan itu. 

"Saya sangat gembira kerana memenangi pingat emas terakhir dalam acara wusyu buat Malaysia. 

"Saya turut cukup berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian pingat. 

Eyin membuat penampilan kedua selepas temasya Palembang 2014 yang menyaksikannya cemerlang dengan dua emas.

"Masih ada kekurangan dalam aspek persembahan saya, maka saya perlu tingkatkan lagi usaha dalam latihan sebaik pulang ke negara," katanya lagi. 

 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen