ATP Akhir: Federer terus pamer aksi ampuh

Oleh Penulis Jemputan 17 November 2017 5
ATP Akhir: Federer terus pamer aksi ampuh
Roger Federer mengekalkan rekod 100 peratus dalam kejohanan ATP Akhir dengan menundukkan Marin Cilic di London semalam, sekaligus melayakkan diri ke separuh akhir.

Federer yang ingin mengakhiri musim ini dengan kejuaraan, berdepan lawan dalam final Wimbledon, Cilic, yang ternyata memberikan cabaran kepadanya.

Cilic berjaya mendahului 4-1 dalam set pertama, namun Federer bangkit untuk mengikat kedudukan 5-5 sebelum wakil dari Croatia itu memastikan kemenangan 7-6.

Kekalahan set pertama memberi suntikan semangat kepada Federer yang bangkit dalam dua set berikutnya untuk mencatat kemenangan 6-4, 6-1.

Kemenangan Federer ke atas Cilic mungkin tidak memainkan peranan memandangkan Federer telah pun layak ke separuh akhir, namun ia meningkatkan keyakinannya menjelang final.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen