Atlet olahraga negara menghadapi cabaran baru apabila menerima perkhabaran bahawa tiada kejohanan tempatan akan dianjurkan sehingga akhir tahun ini.

Hanya tertumpu kepada latihan, situasi itu memberi perspektif berbeza kepada beberapa atlet.

Menurut atlet lompat bergalah negara, Iskandar Alwi, yang berkata kepada wartawan Nadi Arena, Muiz Aziz: "Terasa tidak bersemangat untuk meneruskan sesi latihan tetapi disebabkan kehadiran jurulatih, ia membantu untuk memberi semangat kepada saya untuk meneruskan latihan."





Tetapi berlainan pula buat atlet 100 meter berpagar kebangsaan, Rayzam Shah Wan Sofian.

"Ketiadaan kejohanan tempatan dapat memberi peluang kepada saya untuk proses pemulihan selepas mengalami kecederaan tangan tahun lalu," katanya.