Aifa tagih saingan kompetitif di Mesir

Oleh Staff Writer 28 Januari 2020 42
Aifa tagih saingan kompetitif di Mesir
Bintang skuasy meningkat naik negara, Aifa Azman, selesa dengan latihan sepenuh masa di Malaysia tetapi menginginkan pengalaman kompetetif di kem nombor satu dunia, Mesir.

Hakikatnya, Mesir memiliki empat pemain skuasy wanita dalam ranking lima terbaik dunia termasuk nombor satu, Raneem El-Weilily.

Persekitaran yang bakal menyaksikan seteru Aifa, Jana Shiha, yang berupaya mengikut jejak lengkah Raneem satu hari nanti.

Aifa yang masih berusia 19 tahun menegaskan latihan pusat kebangsaan di Bukit Jalil memadai.

Tetapi kunjungan berjadual ke Mesir akan memberi manfaat buat Aifa dan pemain wanita lain untuk memenuhi potensi.

"Setakat ini, barisan pemain-pemain lelaki menjadi rakan sepelatih bagi menguji kemampuan saya tetapi masih lagi terdapat jurang dengan wakil Mesir kerana memiliki barisan pemain bertaraf dunia," kata Aifa. 

Musim 2020 Aifa bermula dengan langkah kiri apabila gagal dalam pemburuan gelaran bawah 19 tahun Terbuka Remaja British 6 Januari lalu.

Aifa yang sebelum ini sudah memenangi setiap kategori kejohanan itu termasuk bawah 13, 15 dan 17 tewas di tangan Jana dalam aksi final.

"Kekalahan sebelum ini tidak bermakna kalah selamanya. Saya akan terus berusaha lagi dan cuba untuk menang."

Editor: Ammar Hakim

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen