STL: Black Panthers tumbang di tangan Guardians

Oleh Staff Writer 18 Oktober 2019 8060
STL: Black Panthers tumbang di tangan Guardians
Pendahulu liga, Penang Black Panthers, tumpas 1-2 di tangan ATM Guardians dalam Liga Sepak Takraw (STL) di Gem In Mall, Cyberjaya sebentar tadi.

Turun selaku juara bertahan dan pendahulu, Black Panthers yang dibarisi Said Ezwan Said De (tekong), Zaim Razali (pengumpan) dan Azlan Alias (perejam), bermula baik apabila menguasai set pertama sebelum memenanginya 21-12.

Namun, barisan pemain Guardians yang terdiri daripada Hairul Hazizi Haidzir (tekong), Norfaizzul Razak (pengumpan) dan Afiffudin Razali (perejam) bangkit memberikan kejutan dalam set berikutnya dengan meraih kemenangan 21-17 untuk membawa perlawanan ke set penentuan.

Jelas kemenangan itu memberikan semangat baru buat Guardians yang memacu mata demi mata untuk menamatkan perhitungan itu dengan kemenangan 21-11.

Keputusan itu, bagaimanapun, tidak menjejaskan kedudukan Black Panthers di puncak liga manakala Guardians kini semakin menghampiri kelompok tiga terbaik.

Keputusan lain:

TERENGGANU TURTLES mn JOHOR TIGRIS 2-1 (19-21, 21-8, 21-18)
KUALA LUMPUR THUNDER mn SABAH MOUNTAINEERS 2-0 (21-18, 21-15)
KELANTAN WARRIORS mn N SEMBILAN ANTLERS 2-1 (19-21, 21-13, 21-14)


 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen