Piala Juara-Juara STL: Kuala Lumpur, Johor diundi dalam Kumpulan A

Oleh Ammar Hakim 6 Januari 2021 6411
Piala Juara-Juara STL: Kuala Lumpur, Johor diundi dalam Kumpulan A
Bahang Piala Juara-Juara STL kian terasa selepas tamatnya majlis undian kejohanan tersebut hari ini dan bakal berlangsung 10 hingga 16 Januari ini.

Walaupun pasukan Kuala Lumpur Thunder berjaya menjuarai saingan Liga Perdana Liga Sepak Takraw musim ini, pasukan tersebut tidak memandang rendah persaingan yang bakal dihadapi dalam saingan Piala Juara-Juara.

"Kami bersyukur dengan undian ini namun Kuala Lumpur tetap berwaspada dengan kemampuan pasukan lawan dalam saingan Piala Juara-Juara STL kali ini," kata Pengurus Kuala Lumpur, Zambri Abdul Rahman.

Reaksi beberapa pemain mengenai undian Piala Juara-Juara STL yang jelas akan mempamerkan saingan sengit apabila mengumpul lapan pasukan terbaik sepanjang Liga STL.

Antaranya adalah pemain KL, Amirul Zazwan Amir, menyatakan bahawa walaupun mereka menjadi juara Liga Perdana, mereka tidak akan mengambil mudah saingan ini.

"Saya berasakan cabaran bakal hadir buat Kuala Lumpur, kami tetap akan memberikan tumpuan dalam setiap perlawanan," katanya.

Bagi kapten Johor Tigris, Muqlis Borhan, tidak sabar untuk kembali beraksi selepas meletakkan pasukan tersebut berada dalam Kumpulan A.

Johor bakal bertembung dengan juara Liga Perdana iaitu Kuala Lumpur dan dua pasukan daripada divisyen 1 iaitu Bomba Fighters dan Putrajaya Cyborg.

"Pasukan yang diundi dalam Kumpulan A, ternyata Kuala Lumpur adalah yang paling terbaik namun kami tetap berwaspada dengan kemampuan pasukan Putraya dan Bomba," kata Muqlis.

KL Thunder bersama Johor Tigris dalam Kumpulan A yang turut dibarisi dua pasukan Divisyen 1 menyaksikan mereka diramal ke separuh akhir dengan mudah.

Tetapi nasib empat pasukan dalam Kumpulan B termasuk naib juara liga, ATM Guardians -- kelompok ini menjanjikan saingan  sukar dan sengit. 

KEPUTUSAN UNDIAN 

                                    STL CHAMPIONS CUP

       KUMPULAN A                                              KUMPULAN B
KUALA LUMPUR THUNDER                           ATM GUARDIANS
   BOMBA FIGHTERS                                  KELANTAN WARRIORS
      JOHOR TIGRIS                                   NEGERI SEMBILAN ATLERS
   PUTRAJAYA CYBORG                          PENANG BLACK PANTHERS

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen