ATM Guardians muncul juara Kumpulan B, Piala Juara-Juara STL selepas menewaskan Penang Black Panthers di Studio Iskandar Malaysia, Johor Bahru, sebentar tadi.

Selepas memenangi dua perlawanan pertama, Black Panthers secara taktikalnya mempunyai kelebihan untuk memilih lawan mereka dalam separuh akhir esok, sama ada mahu bertemu Kuala Lumpur Thunder atau Johor Tigris, berdasarkan kedudukan dalam kumpulan itu.

Seandainya menang, mereka akan berdepan Thunder selaku juara peringkat kumpulan dan sekiranya perkara sebaliknya berlaku, mereka akan bertemu Tigris selaku pasukan kedua terbaik.

Sebaliknya, Guardians memerlukan kemenangan dalam pertemuan itu bagi menjamin tiket kemaraan mereka.

Bagaimanapun, Black Panthers kelihatan memilih pilihan kedua apabila gandingan Zarif Marican Ibrahim Marican (tekong), Nazhan Zamri (pengumpan) dan Shahalril Aiman Halim (perejam) tewas 18-21 dalam set pertama.

Trio Guardians, Hairul Hazizi Haidzir (tekong), Sobrie Samsudin (pengumpan) dan Afifuddin Razali (perejam), mempamerkan dominasi yang cukup ampuh dalam set kedua sebelum menang 21-14, sekali gus layak ke separuh akhir selaku juara kumpulan.

Kemenangan buat ATM harini dan satu tempat ke separuh akhir but mereka. Dengan ini pasukan ATM dan Penang akan mewakili...

Posted by SepakTakraw League on Thursday, 4 March 2021


Jadual separuh akhir (Jumaat)
Johor Tigris lwn Penang Black Panthers
Atm Guardians lwn Kuala Lumpur Thunder