Nasib skuad sepak takraw Malaysia akan ditentukan bulan depan

Oleh Staff Writer 4 November 2016 5
Nasib skuad sepak takraw Malaysia akan ditentukan bulan depan

Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa, (ISTAF) Datuk Abdul Halim Kader, mengesahkan sesi pendengaran terhadap skuad Malaysia yang memboikot aksi final regu kedua dalam Kejohanan Dunia Piala Raja Thailand tempoh hari bakal diadakan bulan depan.

Kertas pertuduhan isu berkenaan dijangka keluar pada minggu hadapan kepada 12 pemain, termasuk dua jurulatih dan pengurus pasukan.

Sesi pendengaran pula akan diadakan bulan depan di Kuala Lumpur sepertimana yang dicadangkan oleh Abdul Halim bagi memudahkan proses pendengaran terbabit.

Beliau menegaskan pihak Thailand kesal  di atas apa yang berlaku dan berharap ISTAF dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap skuad Malaysia.

"Kami faham peranan setiap pegawai, jurulatih dan pemain. Jadi, dalam hal ini saya tidak dapat memberitahu bentuk hukuman yang akan diberikan.

"Ia terpulang kepada majlis jawatankuasa yang akan dibentuk tidak lama lagi bagi menimbangkannya sebaik mungkin," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen