ISTAF perlu perkenal semula Siri Super, kata Hafizie

Oleh Muzaffar Musa 22 Mac 2020 357
ISTAF perlu perkenal semula Siri Super, kata Hafizie
Bekas pemain sepak takraw negara, Hafizie Manap, menggesa Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) untuk wujudkan semula saingan Siri Super berbanding menumpukan terhadap satu sahaja kejohanan berprestij, iaitu Piala Raja Thai, yang dijenamakan semula sebagai Kejohanan Sepak Takraw Dunia.

Berdasarkan takwim yang dikeluarkan ISTAF, terdapat 13 kejohanan yang disenaraikan, namun ia terpaksa ditangguhkan berikutan penularan wabak Covid-19.

Daripada jumpah itu, hanya Kejohanan Asia dan Kejohanan Dunia dilihat berprestij untuk menjadi rebutan buat setiap negara yang bertanding.

Sebagai bekas apit kiri negara, Hafizie berasakan kebanyakan negara kini mendahagakan kejohanan yang berprestij dan konsisten di bawah kalendar badan induk itu.

"Jika ada satu-satu pertandingan yang dianggap sebagai kejohanan besar, mereka boleh memasukannya ke dalam kalendar mereka.

"Mereka perlu mengadakan enam Siri Super dan satu Kejohanan Dunia bagi tahun ini.

"Jika itu berlaku, ia sudah cukup baik.

"Siri Super perlu dikekalkan supaya Kejohanan Dunia kelihatan menarik," katanya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen