STL: Thunder sahkan kejuaraan

Oleh Muzaffar Musa 28 Disember 2020 1916
STL: Thunder sahkan kejuaraan
Kuala Lumpur Thunder sah bergelar juara Liga Sepak Takraw (STL) 2020 selepas menewaskan PDRM Defenders 2-0 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Meskipun masih berbaki dua perlawanan, rekod 16 perlawanan tanpa kalah sudah cukup untuk pasukan itu bergelar juara lebih awal memandangkan pasukan di tangga kedua, ATM Guardians, sudah tidak berpeluang untuk memintas pasukan juara itu.

Turun tanpa perejam utama, Azlan Alias, Thunder yang dibarisi Syahir Rosdi (tekong), Hanafiah Dollah (perejam) dan Amirul Zazwan Amir (pengumpan) tidak berdepan masalah untuk merekodkan kemenangan 21-12 dalam set pertama.

Bahkan Defenders, yang bergelut di tangga terbawah liga, tidak mampu bangkit dalam set kedua di mana gandingan Syahmi Husin (tekong), Norhafizi Razak (perejam) dan Shaharil Aimin (pengumpan) akur dengan kekalahan 21-16.

 

Keputusan lain:
Selangor Pistons 2 Kelantan Warriors 0
Penang Black Panthers 2 Perak Bison 1
Pahang Mammoth 0 Negeri Sembilan Antlers 2

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen