STL: Noraizat kembali berlatih bersama skuad kebangsaan 

Oleh Shaiful Shamsudin 29 Oktober 2020 979
STL: Noraizat kembali berlatih bersama skuad kebangsaan 
Selepas mengalami kemalangan motosikal awal bulan ini pemain sepak takraw, Noraizat Nordin, kembali menjalani latihan dengan skuad kebangsaan.

Kepulangan apit kanan Johor Tigris dalam Liga Sepak Takraw (STL) itu kembali ke gelanggang dilihat sesuatu yang positif buat pasukannya yang pada awalnya dijangka terpaksa mengetepikan kelibatnya sekurang-kurangnya empat minggu.

"Saya ada menghubunginya hari ini. Dia mengatakan perkembangannya sangat positif, boleh dikatakan 70 peratus dalam keadaan baik kecuali tangannya.

"Dia sudah mula menjalani latihan bersama pasukan negara tetapi masih berhati-hati ketika melakukan pendaratan sesudah melibas," kongsi bekas pelibas kebangsaan, Azlan Mubin, yang juga hos STL ketika dihubungi Nadi Arena hari ini. 

Pemain Paling Bernilai Piala Juara-Juara STL 2019 itu menerima sembilan jahitan di tapak tangan gara-gara kemalangan motosikal dilanggar sebuah kereta, awal bulan ini ketika pulang selepas menjalani latihan bersama Johor Tigris.


 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen