Saingan dua penjuru buat Putrajaya Cyborg-Terengganu Turtles

Oleh Ammar Hakim 10 Ogos 2020 3492
Saingan dua penjuru buat Putrajaya Cyborg-Terengganu Turtles

Selesai undian Liga Sepak Takraw (STL) bagi divisyen 1 telah menimbulkan persoalan siapa pilihan untuk muncul juara musim ini sementara terdapat perkembangan membabitkan isu keselamatan yang memaksa beberapa pasukan untuk tidak beraksi bagi divisyen 1 musim ini.

Putrajaya Cyborg dan Terengganu Turtles dilihat menjadi pasukan pilihan tempah slot ke Liga Perdana musim depan selepas bekas tekong negara, Zulkifli Abdul Razak, kembali memperkuatkan pasukan Terengganu Turtles. 

Sementara Putrajaya Cyborg akan bersandarkan kepada pencapaian musim lalu menjuarai divisyen 1 sebelum tewas penentuan untuk berada dalam kalangan perdana.

"Sasaran kami adalah mempertahankan kejuaraan. Muncul juara divisyen 1 memberikan tekanan kepada pasukan untuk mencapai kejayaan yang sama," kata Pengurus Putrajaya Cyborg, Abu Amar Darus.

Selepas mengambil kira isu keselamatan, Sabah Mountaineers dan Sarawak Hunters memutuskan untuk tidak menghantar wakil musim ini. 

PSM Drillers juga terpaksa menarik diri setelah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak membenarkan pemain-pemain yang terdiri daripada pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) itu untuk mengambil bahagian.

"Undian yang dilakukan sebelum ini kerana musim lalu kami menjalankan saingan berbentuk format liga. Kami telah berbincang dengan pasukan Sabah dan Sarawak mengenai pandemik Covid-19, mereka telah mengambil keputusan untuk tidak menghantar kami bagi saingan kali ini."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen