Juara Liga Sepak Takraw (STL) Divisyen Perdana, Kuala Lumpur, gagal mengawal asakan Johor Tigris ketika tewas 2-0 di tangan Johor Tigris, sebentar tadi.

Kuala Lumpur yang baru sahaja dinobat sebagai juara saingan liga divisyen perdana, terpaksa memulakan saingan Piala Juara-Juara STL kepada tuan rumah yang juga penyandang juara.

Kekalahan straight set 21-19, 21-14 menyaksikan permulaan langkah kiri buat trio berpengalaman yang dibarisi Syahir Rosdi, Azlan Alias serta Amirul Zazwan.

Juara bertahan, yang diketuai Muqlis Borhan selaku apit kiri mempamerkan gandingan mantap bersama Faisad Fuad (tekong) dan perejam, Norazit Nordin yang berjaya mengasak lawan sebelum merakamkan kemenangan.

Sementara itu, Bomba Fighters membuka tirai saingan Piala Juara-Juara STL dengan kemenangan ke atas Putrajaya Cyborg sebentar tadi.

Juara Divisyen 1 itu ketinggalan satu set selepas tewas 21-17 sebelum bangkit memenangi dua set berikutnya 25-23, 21-15.



Keputusan lain:

ATM Guardians 1 NS ANTLERS 2