Taktikal Aidil Sharin bawa Kedah ke final -- Asmawi

Oleh Staff Writer 27 Oktober 2019 4433
Taktikal Aidil Sharin bawa Kedah ke final -- Asmawi
Pemerhati bola sepak negara, Asmawi Bakiri, beranggapan kelebihan aspek taktikal yang dimiliki ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, menjadi faktor skuad Lang Merah itu ke final Piala Malaysia dengan menyingkirkan Pahang dalam separuh akhir kedua di Kuantan semalam.

"Saya mengambil kira faktor kedudukan jurulatih Aidil yang ada sedikit kelebihan daripada aspek taktikal.

"Kita dapat lihat dia menggunakan Azamuddin Akil dalam kesebelasan utama dan merehatkan (David) Rowley.

"Mereka merancang untuk mencari gol awal dan ia berhasil," katanya.

Selain itu, perubahan kecil yang dilakukan Benjamin Mora dalam aksi timbal balik di Stadium Shah Alam membuahkan hasil untuk Johor Darul Ta'zim (JDT) ke final.

"Saya dapat lihat sedikit perubahan posisi berlaku apabila Afiq Fazail diletakkan di bahagian tengah dan menolak Leandro (Velazquez) dan Hariss (Harun) ke depan sedikit.

"Afiq bermain dengan begitu baik. Dua hantarannya membantu jaringan Safawi (Rasid)," tambahnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen