Gunalan bimbang rehat panjang jejas prestasi pemain

Oleh Staff Writer 14 Oktober 2016 1
Gunalan bimbang rehat panjang jejas prestasi pemain
Tempoh rehat 14 hari tanpa aksi kompetitif mencetuskan kebimbangan jurulatih Selangor, K. Gunalan, walaupun ketika ini anak buahnya membawa kelebihan satu jaringan ke tempat lawan di Kuala Terengganu.

Tidak bermakna Selangor berada dalam kondisi tidak baik tetapi kembali dari tempoh rehat yang panjang mampu memberi kesukaran buat pasukan seandainya mereka berasa selesa dengan bekalan satu jaringan.

Gunalan tidak mahu kelebihan itu dianggap sebagai punca untuk anak buahnya bersenang-lenang dan tiada istilah 'selangkah ke pentas final' untuk aksi 90 minit seterusnya esok.

"Dengan kelebihan satu gol, itu tidak bermakna kami sudah selangkah ke final. Sebaliknya, kami perlu lebih berusaha keras esok dan mempertahankan kelebihan satu gol itu untuk melangkah ke perlawanan akhir pada 30 Oktober nanti," jelas Gunalan. 

Bagaimanapun, kehadiran semula Shahrom Kalam dianggap sebagai kekuatan tambahan buat Selangor, yang tidak mendapat sentuhan kapten mereka dalam aksi pertama separuh akhir.

"Saya gembira dengan kehadiran Shahrom Kalam bersama pasukan semula. Dia pastinya bakal memainkan peranan penting, terutamanya jika ada pemain pertahanan yang mengalami kecederaan walaupun Rizal (Fahmi Rosid) dan Ugo (Ukah) beraksi dengan baik," tambah Gunalan.

Dalam masa yang sama, Gunalan turut memberikan peringatan penting kepada anak buahnya menjelang Sabtu, terhadap pemain import T-Team, yang dianggap sebagai kekuatan utama pasukan itu ketika ini.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen