Dickson Nwakaeme seru Sri Pahang lakukan sesuatu 

Oleh Shaiful Shamsudin 13 April 2021 19536
Dickson Nwakaeme seru Sri Pahang lakukan sesuatu 
Bekas penyerang berbisa Sri Pahang, Dickson Nwakaeme, menyifatkan pasukan itu sebagai tidak sepatutnya terhimpit dengan situasi penyingkiran. 

Tok Gajah menduduki tangga ke-11 selepas lapan perlawanan dengan mencetak satu kemenangan iaitu ketika membenam Sabah FC. 

Namun, penggempur dari Nigeria itu menyeru pengurusan agar melakukan sesuatu yang drastik sebelum Sri Pahang terus keciciran dalam saingan Liga Super, apatah lagi akan berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT), Jumaat ini.

"Ia sangat buruk buat pasukan seperti Pahang. 

"Saya tidak menonton perlawanan mereka tetapi saya mengikuti keputusan yang diraih mereka. 

"Pahang perlu melakukan yang lebih baik lagi. Ia perlu diubah dengan segera. kerana menuju ke penyingkiran. 

"Pasukan utama tidak seharusnya dalam situasi seperti ini," katanya.
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen