Perak berjaya menamatkan badi empat kekalahan di laman lawan dengan kemenangan 1-0 ke atas PJ City semalam.

Gol tunggal jaringan pemain import The Bos Gaurus, Sergio Aguero pada minit ke-26 menjadi penentu antara kedua-dua pasukan ini.

Tapi pasukan pelawat tidak puas dengan jaringan tersebut dan terus mengasak melalui import baru mereka dari UiTM, Nana Poku namun gagal mengambil kesempatan ke atas kesilapan pertahanan PJ City.

Skrip yang sama buat tuan rumah yang turut membazir peluang terhidang di minit-minit terakhir perlawanan menerusi Khyril Muhymeen, yang membuat penampilan keenam musim ini.

Dengan berbaki 15 minit perlawanan, Nana Poku sekali lagi cuba menjadi duri dalam daging PJ City, tapi dihalang penjaga, Kalamullah Al-Hafiz.

Keputusan muktamad 1-0 memihak kepada pelawat melanjutkan rentetan empat kekalahan PJ City di laman sendiri.