Zainal lega Melaka raih kemenangan

Oleh Ammar Hakim 29 Ogos 2020 502
Zainal lega Melaka raih kemenangan
Kemenangan yang dilakar skuad sang kancil semalam ternyata memberikan kelegaan buat pengendali pasukan, Zainal Abidin Hassan, apabila Melaka kini sudah keluar daripada zon penyingkiran dengan melonjak ke tangga kelima Liga Super.

Ikhsan penjaring tunggal gol perlawanan, Ferris Danial, yang berjaya melepasi perangkap offsaid sekaligus menewaskan penjaga gol Perak, Nasrullah Aziz, pada minit ke-51.

Namun Melaka sepatutnya boleh menjaringkan lebih banyak gol, apabila mendapat deretan peluang, namun penyerang import, Sonny Norde, gagal menemui sasaran.

Perak turut menampilkan aksi cemerlang dalam mencari peluang menyamakan kedudukan tetapi Khairul Fahmi Che Mat kebal untuk menjaga gawang Melaka daripada dibolosi.

Pengendali Perak, Mehmet Durakovic, ternyata kecewa sambil menyifatkan tuah tidak menyebelahi anak buahnya, sekaligus ia meleburkan rekod tanpa kalah skuad The Bos Gaurus.

"Kami telah menghasilkan peluang dan bermain dengan baik. Namun tiada sentuhan penyudah menyaksikan kami gagal menghasilkan jaringan tetapi kami akan memperbaiki apa yang telah berlaku dalam perlawanan ini," kata Durakovic.

"Tiga mata amat penting buat Melaka. Sebelum Melaka mendahului permainan, setiap pemain telah mengikut perancangan yang telah ditetapkan serta tumpuan barisan pemain mempertahankan kelebihan itu ketika Perak berusaha mendapatkan gol penyamaan," kata Zainal.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen